Korang pernah tau tak yang ketiak laki ni sebenarnya mempunyai khasiat  yang tinggi?? Bukan dibuat makan ye, tapi bau yang terhasil dari  ketiak lelaki ni mempunyai khasiat tersendiri yang dapat menghilangkan  stress @ tekanan seorang wanita. Kira ala-ala bau lavender gitu. wukakaka...
 (Tengok tuh, clean aje kan ketiak mamat tu)
haaa.. kalau korang nak tau lebih lanjut, baca bawah ni:- 
     Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?  Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University  Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan  bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan  perjalanan haid.
Menurut  laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak  lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai  deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa  hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam  uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke  atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia  dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji  satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood  wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki  tersebut diukur.
Hasilnya  sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki  ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.
Amacam???  benda ni bukan main cerita ikut sedap je taw, tapi dah ada research.  Apalagi, para isteri yang dah kahwin tu rajin-rajin la tidur dekat  lengan si suami, sambil-sambil romantik, dapat gak hilang stress korang  yang penat belajar maupun kerja.


No comments:
Post a Comment