Demam Bola Sepak

Sekarang ni masih hangat bercerita perlawanan bola sepak antara Pasukan Negeri Sembilan dan T-team. Macam-macam ada berlaku. Tumbuk lawan, kasari pihak lawan, offside banyak kali dan tidak dilupakan pemain dapat kad merah. huhuhuhu. Tiket final dijual dengan harga RM 50. Mahal seyh. Kalau mampu beli la ye. Capid tengok dari rumah je. Tak mampu nak pergi sana beli tiket untuk tengok live. Kali ni nak share peribahasa bola sepak. 


Peribahasa bola sepak:

1) stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun

2) piala liga super di negeri org, piala malaysia di negeri kita

3) dimana padang dipijak, di situ bola dikontrol

4) masuk stadium memekik, masuk padang menjerit

5) sedikit-sedikit kad kuning, lama-lama jadi kad merah

6) yang dikejar offside, yang dikendong out

7) hendak seribu gol, tak hendak seribu bolos

8) bagai pengadil lupakan wisel

9) alang-alang mengasari lawan, biar sampai kena buang padang.