Pembunuhan Beramai-ramai Terkejam

Kepala yang dipenggal dalam peristiwa Nanking


Diakui pembunuhan beramai-ramai terkejam didunia adalah Pembunuhan Beramai-ramai Nanking atau Nanking Massacre. Pembunuhan ni jugak dipanggil sebagai Rape of Nanking.
Betapa pembunuhan ini disifatkan paling kejam adalah kerana berlaku pembunuhan serta rogol dengan amat berleluasa dalam tempoh enam minggu. Ianya berlaku di daerah Nanking di China setelah Jepun menakluknya pada 13 Disember 1937. Dianggarkan antara 20,000 hingga 80,000 wanita China dirogol sepanjang 6 minggu tersebut!



Namun, terdapat juga percanggahan mengenai isu ini bilamana ada ahli politik serta sejarawan Jepun mempertikaikan angka yang diberikan. Mereka mendakwa bahawa China sengaja memperbesarkan isu tersebut bagi menimbulkan simpati dunia.
Jumlah sebenar mangsa yang dibunuh tidak diketahui, namun dianggarkan antara 200,000 hingga 300,000 orang telah menjadi mangsa dalam pembunuhan Nanking ini. Dan yang menyedihkan ialah mangsa-mangsa ini bukanlah dari kalangan tentera atau pihak penentang, tetapi kebanyakkannya adalah golongan tidak berdaya, orang awam yang terdiri dari orang tua, wanita serta tidak ketinggalan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment