Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Anjing Terkecil


Adakah ini anjing terkecil di dunia?


ABC melaporkan bahawa Meysi, Terrier 3.25 auns dari Poland, tidak lama lagi boleh menuntut gelaran dari Guinness Book of World Records. Meysi berusia hanya tiga bulan, jadi dia akan perlu menunggu beberapa bulan untuk membuat rasmi rekod (Guinness memerlukan anjing untuk menjadi sekurang-kurangnya satu tahun sebelum dipertimbangkan untuk rekod dunia), tetapi veterinar telah memberitahu pemilik anjing, Anna Pohl, bahawa anjing itu tidak dijangka untuk mendapatkan lebih besar.

Pohl berkata bahawa dia terpaksa makan Meysi, yang merupakan hanya 1.5 auns apabila dia dilahirkan, dengan picagari untuk beberapa minggu pertama hidupnya.

Pohl berkata:

"Yang paling teruk adalah enam minggu pertama ... [saya mendapat] sifar tidur. Saya makan hari dan malam, setiap setengah jam. Kadang-kadang saya kehabisan kekuatan, terpaksa memanggil keluar kerja. "

Meysi dalam menjalankan dinamakan anjing terkecil di dunia, tetapi dia tidak mempunyai persaingan sengit. Beyonce, campuran Dachshund dan Chihuahua, berat hanya empat auns, dan Milly, Chihuahua dari Puerto Rico, berdiri hanya tiga inci tinggi. Meysi, Beyonce, dan Milly semua akan perlu menunggu sehingga mereka berpaling 1-tahun-lama sebelum mereka boleh dipertimbangkan untuk Guinness Book of World Records.

Apabila anjing tidak mencapai harijadi pertama mereka, mereka akan mempunyai untuk menewaskan Boo Boo, Chihuahua dari Kentucky, yang memegang hidup tajuk anjing terkecil untuk ketinggian pada hanya empat inci tinggi dan Syurga Dihantar Brandy, Chihuahua dari Florida, yang memegang rekod untuk tempoh pada hanya enam inci.

Adakah anda berfikir Meysi akan menjadi anjing terkecil di dunia?

#sumber Yahoo

Burung Yang Boleh Membawa Maut Kalau Diajak Berembat


 



Menurut Guinness Book of Records, kasuari (cassowaries) merupakan burung paling berbahaya di dunia kerana ia mampu memberikan pukulan maut. Burung ini sangat pemalu tetapi akan menjadi sangat agresif jika cedera atau rasa terancam.



 




 





 




 



 




 




 




Maksud Lokasi Jerawat






Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.



P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan,dan cuci lah muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Tabiat Wanita

Jom kita kenali tabiat perempuan. 


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah




Kenali Lelaki Melalui Gaya Rambutnya


~Rambut Lurus~

Bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan berpotensi dalam bidang seni..

~Rambut Kerinting Tebal~

Kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri dan tidak suka termenung..

~Rambut Kerinting Negro~

Bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah..

~Rambut Ikal Mayang~

Bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu..

~Rambut Halus/Lembut~

Bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh..

~Rambut Sikit~

Bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai berniaga walaupun perniagaan kecil..

~Rambut Perang~

Kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari dalam masalah..

~Rambut Tebal~

Bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang..

~Rambut Kusut~

Sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan..

~Rambut Beruban~

Kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri..

~Rambut Mohican/Punk~

Pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang..amat sesuai dibuat suami mahupun pembantu rumah..

~Rambut Botak~

Open minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika bawa motor mahupun mesin pemotong rumput..Celik IT orangnya..

~Rambut Ala "Zaibo"~

Sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti.."Accident-prone" contoh kepala selau jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir..

~Rambut Palsu~

Bersifat pendusta, pembohong dan buta IT..suk amenabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan..(kedekut)..

~Rambut Ala "Pua Chu Kang"~

Don't play-play with this category haah..!!He will hentam you, you know?Kenaper??tak percayeee??

~Rambut "Ronaldo"~

Rambut ala si "pekan" dalam cita Batu Belah Batu Bertangkup..Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng dirumah dan bermain bebola ikan sebagai hobi..saja suka2..sekadar hiburan..

Naga Biru Ditemui Nelayan



Betulkah Naga Laut Biru Wujud ?

Pernahkah anda melihat makhluk pelik berwarna biru dalam gambar di bawah ini. Sekali pandang, mungkin kelihatan seperti raksasa yang sentiasa berlawan dengan Ultraman di Jepun, tetapi sebenarnya ialah haiwan  lautan comel yang dikenali dengan nama saintifik   glaucus Atlanticus . Ia juga sering digelar naga laut biru .Boleh dijumpai di luar pantai Afrika Selatan, Australia dan Mozambique, terapung di atas  permukaan air yang tenang.



Glaucus Atlanticus mendapat  perhatian di internet pada bulan April yang lepa kerana bentuknya yang pelik dan cantik.Lihat video cara naga laut biru ini bergerak.Lembut dan gemalai kan..

Jom tengok video di bawah.



Ulasan Admin :
 Memang jelas haiwan spesis ini memang sangat comel kerana bentuk fizikalnya yang sangat kecil. Mungkin di Malaysia haiwan ini tidak pernah wujud kerana difahamkan ia hanya boleh dijumpai sekitar luar pantai Afrika Selatan. Satu penemuan yang cukup menarik!

Trend Dahi Benjol Jadi Kegilaan Masyarakat Jepun


Trend Dahi Benjol Menjadi Kegilaan Di Jepun. Serius Taboo, orang Jepun ni kalau dah kreatif sangat segala macam benda nak modify..korang baca lah dengan gigih artikel bawah ni. Usya sekali gambar-gambar manusia yang berjaya menjadi alien! Gilerr punya troll

Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.


Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.

Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”Apabila masuk sepenuhnya, kesan jarum itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang meleleh dari kepala saya. Saya dapat merasakannya meleleh.”
Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.




Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. - mymetro

Berita Pelik Serata Dunia















Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe





Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.





Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhu
Masa sekolah dulu anda belajar science, lembu tergolong dalam kumpulan herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala karnivor adalah pemakan haiwan lain tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia, "lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan Karnivor! Cuba baca cerita ni...





Di, Kolkata, India, seorang petanimenyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap? Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha











Di, Guatemala City, Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang untuk 
membersihkan tapak suci puak Mayan daripada "badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Presiden Bush! Seorang jurucakap bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ! Hai pelik jugak saya fikir, Bush ni betul-betul dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal mak Bush lahirkan mamat seekor ni! 

Ikan Pelik Ditemui


KUANTAN - “Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini,” kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36.

Ikan pelik yang dipanggil ‘ikan naga’ itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan.

Zainuddin berkata, anaknya, Zamirul Syafiq, 16 terpandang objek pelik terapung di gigi air ketika mereka menaiki motosikal melalui pesisiran pantai tersebut.

“Pada mulanya kami sangka objek itu ular mati lalu mendekati bangkai tersebut.

“Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram,” katanya.

Dia berkata, ikan itu ditemui sudah mati tetapi keadaan badan masih baik, tidak busuk atau cedera .      

Spesies ganjil

Dia yang membesar dalam suasana perkampungan nelayan di situ mengakui tidak pernah melihat ikan spesies tersebut sebaliknya mengetahui kewujudan ikan tersebut di perairan Pantai Timur melalui akhbar kelmarin.

“Semua nelayan di sini termasuk warga emas yang berpuluh tahun bergelumang dengan ombak mengakui tidak pernah melihat ikan ini,” katanya.

Zainuddin berkata, ikan itu amat ganjil dengan rupa yang agak menakutkan.

“Ikan berwarna putih ini memiliki mata bulat dan besar, mulut besar dengan bibir lembut, mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga.

“Manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan,” katanya.

Dia berkata, pada hari sebelumnya dia ada ternampak kelibat seakan ikan besar melibas- libas ekor di satu kawasan berhampiran tempat ikan itu ditemui.

“Pada mulanya saya beranggapan kelibat itu adalah ikan biasa yang besar sedang mengejar anak-anak ikan.

“Saya tidak nampak bentuk ikan itu dengan jelas namun percaya kelibat itu adalah ikan ini,” katanya.

Zainuddin berkata, mungkin ikan itu dari spesies ikan laut dalam yang tersesat ke perairan cetek dan tidak dapat menyesuaikan keadaan di perairan ini menyebabkan haiwan itu mati.

Boleh buat kajian

Dia berkata, dia menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku sesuatu kejadian di situ.

“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan,” katanya.

Katanya lagi, saya belum bercadang untuk menjual ikan ini sebaliknya menunggu pihak Jabatan Perikanan datang melihat ikan ini hari ini (semalam).

“Kalau mereka hendak ambil untuk kajian, saya akan serahkan tapi jika tidak, saya sudi menjual kepada mana-mana pihak berminat.

Sementara itu, sumber Jabatan Perikanan Pahang berkata, ikan yang ditemui itu bukan luar biasa sebaliknya sejenis ikan yang selalunya menghuni dasar laut yang berkedalaman 500 hingga 1,000 meter.

Ikan Naga atau Oarfish (Regalecus Russelii) ini jarang ditemui di kawasan pesisir pantai bagaimanapun ada kalanya ia akan menghanyutkan diri ke kawasan pantai bila hendak mati.

“Ini kali pertama penemuan ikan ini dilaporkan terdampar di pantai ini dan kita tidak pasti punca sebenar haiwan ini mati," katanya. 

Tips Menambah Rakan dan Sahabat




Ramai diantara kita yang suka berkawan tapi tak ramai diantara kita yang pandai
mencari kawan.. terutama bagi mereka² yang pendiam dan tidak mahir berkomunikasi..

kat sini saya sharekan sedikit sebanyak tips mencari ramai kawan/teman

1. Selalu Senyum
sentiasa tersenyum memudahkan seseorang itu bertegur sapa dengan anda
dan tidak dianggap sebagai seorang yang sombong.

2. Pendengar yang Baik
- pendengar yang baik merupakan kawan yang baik.. oleh itu anda perlu menjadi pendengar yang baik walaupun topik yang diceritakan agak membosankan. 
ini membuatkan rakan anda berasa diri mereka dihargai.

3. Jujur
- sentiasa jujur dalam persahabatan agar anda lebih dipercayai.
terutama dalam teguran dan nasihat.

4. Baik Hati
- sentiasa mengamalkan sikap baik hati. sentiasa bersikap baik dan positif
tidak mengutuk atau memburukan orang lain..

5. Sentiasa Bersama
- sentiasa disisi samada susah mahupun senang. memberi bantuan dan nasihat
yang diperlukan mengikut kesesuaian yg lebih membina..

6. Rajin
mengamalkan sikap ringan tulang.. sentiasa membantu walaupun tidak disuruh..
tapi biarlah kena pada tempatnya jangan sampai diri sendiri merana..

10 Perkara Dilarang Dalam Facebook




Wooo terbaca tentang perkara dilarang dalam facebook dan aku nak berkongsi dengan korang sebagai peringatan manalah tahu leka sangat beronline sampai tak sedar terbagitahu benda yang boleh mendatangkan bahaya. 

1. Tarikh lahir

Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?

2. Nama ibu

Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.

3. Alamat rumah

Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.

4. Perjalanan jauh dari rumah.

Status yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.

Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.



6. Gambar yang tidak sesuai.

Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!

7. Pengakuan atau kekecewaan.

Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.

8. Nombor telefon.

Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.

9. Mengira detik percutian anda.

Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.

Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.

P/s: Pendapat peribadi, bukan semua tentang kita patut di SHARE di dalam facebook mahupun twitter dan kat sini lah letaknya privasi kita untuk keselamatan hari esok. Nampak remeh tapi bila dah terjadi baru terngadah ye dak? Nak salahkan sape kalau bukan diri sendiri?