
Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe
Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.

Masa sekolah dulu anda belajar science, lembu tergolong dalam kumpulan herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala karnivor adalah pemakan haiwan lain tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia, "lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan Karnivor! Cuba baca cerita ni...
Di, Kolkata, India, seorang petanimenyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap? Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha
Di, Guatemala City, Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang untuk
membersihkan tapak suci puak Mayan daripada "badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Presiden Bush! Seorang jurucakap bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ! Hai pelik jugak saya fikir, Bush ni betul-betul dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal mak Bush lahirkan mamat seekor ni!
No comments:
Post a Comment