Top 3 Kebaikan Makanan Berasaskan Organik

Makanan Organik adalah makanan yang melalui proses pertumbuhan secara semula jadi tanpa kehadiran bahan kimia seperti baja kimia. Makanan organik diakui lebih berkhasiat untuk diambil oleh manusia sebagai sumber makanan.
 Kebaikan makanan organik:
Makanan Organik

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.Kandungan agen antioksida di dalam makanan organik adalah 50% lebih banyak berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia. Agen ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. 
  2. Kandungan nutrien yang tinggi. Kandungan nutrien untuk makanan organik juga adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Ia lebih teruk sekiranya makanan yang diproses itu ditinkan kerana bahan kimia untuk pembuatan tin sebenarnya akan menurunkan lagi khasiat sesuatu makanan itu. 
  3. Lebih bersih. Makanan organik melalui proses secara semulajadi. Walaupun bahan kimia mampu untuk menyuburkan, mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya, tetapi bahan kimia yang digunakan itu sendiri memberi kesan terhadap khasiat sesuatu makanan itu.

No comments:

Post a Comment