Siflis Punca Kerosakan Alat Kelamin


Sebelum virus AIDS melanda, Siflis adalah penyakin kelamin yang digeruni khususnya golongan lelaki satu ketika dulu. Penyakit tersebut mampu merosakkan fungsi alat kemaluan lelaki selain merosakkan organ yang berfungsi merangsang penis sekali gus menghilangkan keperkasaan seseorang lelaki.

Golongan lelaki yang berisiko tinggi untuk terkena penyakit ini adalah mereka yang terlibat dalam aktiviti seks rambang. Dalam pada itu masyarakat sering memandang pesakit siflis adalah mereka yang suka melakukan hubungan seks dan bertukar-tukar pasangan. Akibatnya mereka yang menghidap siflis bukan sahaja terpaksa menanggung kesakitan akibat kerosakan penis tapi juga terpaksa menanggung malu gara-gara pandangan masyarakat.
Sebab itulah ramai lelaki yang menghidap penyakit ini lebih rela berdiam diri. Mereka lebih rela memilih perubatan tradisional daripada mendapatkan rawatan doktor kerana tidak mahu menanggung malu.

Treponema Pallidum
Mengikut pakar perubatan, penyakit siflis itu sebenarnya berpunca daripada serangan bakteriaTreponema Pallidum. Organ dalaman yang berisiko tinggi diserang bakteria tersebut antaranya ginjal dan buah pinggang.
Kegagalan dua organ tersebut berfungsi secara normal akibat jangkitan bakteria ini menyebabkan kerosakan pada organ kerandut telur dan kilang telur. Kerosakan tersebut juga mencacatkan fungsi penis secara normal.
Pada peringkat awal serangan bakteria Treponema Pallidu, pesakit siflis akan mengalami kesakitan dan kesukaran untuk membuang air kecil. Kesan tersebut mungkin berlangsung selama dua minggu.
Namun sekiranya pesakit tidak menerima rawatan awal, bakteria tersebut akan bertindak secara aktif merosakkan kilang telur dan kerandut sehingga air kencing penghidap siflis akan mengandungi nanah dan darah. Pada peringkat kedua pesakit akan mengalami rasa sakit yang amat sangat seolah-olah ada batu menghalang di saluran air kencing.
Pada tahap yang lebih kritikal. tidak mustahil alat penis boleh putus jika tidak dirawat dengan segera. Apa yang lebih dikhuatiri ialah selain memberi kesan buruk kepada penis, siflis peringkat kritikal juga mampu menjejaskan fungsi otak, jantung, hilang daya penglihatan malah boleh membawa maut.

Cara ia merebak?Penyebaran penyakit siflis berlaku melalui beberapa cara. Namun bakteria siflis paling mudah berjangkit melalui hubungan seks dengan pasangan yang sudah dihinggapi oleh bakteria Treponema Pallidum. Bakteria yang ada dalam cecair badan mereka akan masuk ke dalam tubuh apabila kedua-duanya melakukan hubungan seks.
Bakteria tersebut kemudiannya akan berkumpul pada organ ginjal dan buah pinggang. Apa yang membimbangkan ialah bakteria tersebut boleh merebak melalui cara lain selain hubungan seks iaitu sentuhan, luka, ciuman malah berkongsi peralatan dengan individu yang dihinggapi penyakit siflis.

Petanda
Petanda awal bagi lelaki yang diserang penyakit ini ialah timbulnya bintik-bintik kecil di tubuh, sebesar wang syilling lima sen berwarna kemerahan. Selain itu bintik tersebut akan menimbulkan rasa sakit. Biasanya bintik kecil kemerahan ini akan timbul selepas dua hingga enam minggu dijangkiti bakteria Treponema Pallidum. Bahagian tubuh paling risiko terdedah kepada bintik kecil tersebut ialah bahagian kemaluan dan celah peha. Namun bintik tersebut juga mungkin merebak ke bahagian leher, perut dan lidah.
Pada peringkat yang lebih serius, bintik kecil tadi akan membesar mencapai saiz syilling lima puluh sen dan bernanah. Keadaan ini akan berlaku selepas lima minggu berlakunya petanda awal.
Pada peringkat ini pesakit akan merasakan kesakitan yang amat sangat khususnya apabila ingin membuang air kecil. Selain merasa sakit mereka juga mudah diserang demam selsema, keguguran rambut dan sakit kepala.
Jika masih tidak menerima rawatan, bakteria punca siflis akan merosakkan organ hati, mata, otak, tulang dan sistem saraf hingga menyebabkan pesakit menjadi buta, terdedah kepada serangan sakit jantung dan boleh mengakibatkan kematian.

RawatanVaksin utama untuk menghapuskan bakteria Treponema Pallidum ialah penisilin. Selepas pesakit siflis menerima suntikan penisilin, bakteria tidak boleh lagi disebarkan oleh perumah ke individu lain. Sebaliknya ia hanya akan berada di dalam tubuh pesakit sahaja.
Namun begitu pesakit haruslah menerima rawatan tersebut pada peringkat awal. Jika terlambat organ dalaman yang rosak gara-gara serangan bakteria siflis seperti hati, buah pinggang dan kilang telur tidak boleh disembuhkan seperti asalnya.

No comments:

Post a Comment