Tips Menambah Rakan dan Sahabat




Ramai diantara kita yang suka berkawan tapi tak ramai diantara kita yang pandai
mencari kawan.. terutama bagi mereka² yang pendiam dan tidak mahir berkomunikasi..

kat sini saya sharekan sedikit sebanyak tips mencari ramai kawan/teman

1. Selalu Senyum
sentiasa tersenyum memudahkan seseorang itu bertegur sapa dengan anda
dan tidak dianggap sebagai seorang yang sombong.

2. Pendengar yang Baik
- pendengar yang baik merupakan kawan yang baik.. oleh itu anda perlu menjadi pendengar yang baik walaupun topik yang diceritakan agak membosankan. 
ini membuatkan rakan anda berasa diri mereka dihargai.

3. Jujur
- sentiasa jujur dalam persahabatan agar anda lebih dipercayai.
terutama dalam teguran dan nasihat.

4. Baik Hati
- sentiasa mengamalkan sikap baik hati. sentiasa bersikap baik dan positif
tidak mengutuk atau memburukan orang lain..

5. Sentiasa Bersama
- sentiasa disisi samada susah mahupun senang. memberi bantuan dan nasihat
yang diperlukan mengikut kesesuaian yg lebih membina..

6. Rajin
mengamalkan sikap ringan tulang.. sentiasa membantu walaupun tidak disuruh..
tapi biarlah kena pada tempatnya jangan sampai diri sendiri merana..