Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Rangkaian Sibuk

Rangkaian sibuk atau bahasa mudah cukuplah sekadar line sibuk. semua orang rasa sakit hati, tertekan. terutama sekali diwaktu kecemasan. Huh, memang cepat orang berubah panik. tapi walaubagaimana sekalipun, segala masalah haruslah diatasi dengan bijak.



Jadi, posting kali ni bertujuan berkongsi tips untuk menanganni stress yang terlampau tu.

Mengamalkan cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan, waktu tidur dan rehat yang cukup, kurangkan pengambilan kafein dan aktif melakukan senaman.

Pengurusan masa lebih efektif dan menjadi seorang produktif dapat mengurangkan stres lalu lambakan tugas harian dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Belajar berkomunikasi dengan lebih efisyen dan berterus-terang supaya perkara yang menyebabkan stres dapat diselesaikan dan tidak disimpan di dalam hati

Belajar teknik cara pernafasan yang betul dapat membantu menenangkan.

Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai tentang masalah atau stres yang dihadapi seperti kaunselor yang dapat memberikan nasihat terbaik.

Menangani stres dari perspektif IslamApabila stres seseorang perlu mengambil wuduk dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan solat lima waktu, solat sunat dan tahajud dan banyakkan membaca al-Quran dan berzikir setiap masa, insya-Allah hati akan tenang dan stres berkurangan. Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:" Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.." (Surah Ar'Ra'd, 28)

Ayat al-Quran sebagai terapi stres

Reda dengan ketentuan Ilahi dan setiap masalah atau stres adalah ujian Allah supaya hamba-Nya menjadi lebih tabah dan matang dalam kehidupan. Pasti terdapat hikmah atas setiap ujian yang menimpa kita. Firman Allah ;

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu terdapat kesenangan, setelah kesulitan ada kemudahan.." (surah Al Insyirah, ayat 5-6)

Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setiap masa, terutama selepas waktu solat dan berdoa di waktu susah dan senang supaya Allah permudahkan masalah dan stres yang dialami oleh hamba-Nya

Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya seperti nikmat ibu bapa, anak-anak dan keluarga, nikmat kesihatan, pekerjaan, masa lapang, makanan dan sebagainya.

Firman Allah di dalam al-Quran :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut:2-3)

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" (Al-Baqarah: 286)

Rawat stres dengan ayat al-Quran

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit stres akan diberi ayat berikut untuk diamalkan dan disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan. Ayat yang perlu diamal adalah:

Surah Muhammad, ayat 21 hingga 32

Surah Tohaa, ayat 120 hingga 135

Cara amalannya ialah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Muhammad tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Tohaa tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Proses mengenal pasti (diagnosis) adalah sangat penting dalam rawatan kami. Kalau punca stres disebabkan masalah persekitaran atau individu, cara rawatan adalah seperti biasa. Sekiranya stres berpunca daripada gangguan sihir atau jin, sebaik-baiknya pesakit terlebih dahulu datang berjumpa perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah supaya dapat kami membuang sihir tersebut dan mengeluarkan jin yang terdapat di dalam tubuh terlebih dahulu sebelum pesakit mengamalkan bacaan surah yang diberikan. Bagi stres disebabkan gangguan sihir dan jin, sukar bagi perubatan moden untuk menyembuhkan kerana jin dan iblis hanya boleh diubati melalui ayat al-Quran.

Terapi penyembuhan melalui ayat al-Quran memerlukan masa, keyakinan disiplin dan kesabaran. Pesakit tidak boleh menjangkakan dengan membaca surah pada hari ini, penyakit akan sembuh pada esoknya. Kesabaran dan keyakinan sangat penting dalam proses rawatan. Pesakit mesti yakin akan mukjizat ayat Al-Quran dan yang paling utama doa kepada Allah SWT memohon penyembuhan, keberkatan dan rahmat-Nya.

Ramai bertanya, mengapakah ayat al-Quran yang diberikan, terjemahannya tidak ada kena-mengena dengan penyakit yang menimpa pesakit atau perkataan penawar atau penyakit yang dirawat. Sebenarnya, semua ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah bersifat penawar dan ini tidak boleh dijelaskan mengikut logik akal. Tiap gugusan ayat yang diberikan mempunyai sifat aura tersendiri untuk menyembuhkan penyakit. Terjemahan bukanlah ukuran bahawa sesuatu ayat al-Quran itu ada kena-mengena dengan fungsi dan sifat penyembuhan atau simpton penyakit. 

Misalnya surah Al Waqiah diriwayatkan mampu memberi kemurahan rezeki kepada sesiapa yang istiqamah membacanya, namun terjemahan surah Al Waqiah bukan mengenai rezeki dan kekayaan, sebaliknya mengenai suasana kiamat, syurga dan neraka. Justeru, perkara ini tidak dapat dijelaskan dengan logik akal manusia. Selama 13 tahun saya menggunakan ayat ini untuk dibacakan oleh pesakit dan hasilnya Alhamdulillah dengan keizinan Allah, pesakit sembuh, ini menjadi bukti bahawa ayat yang diberi bersifat syifa' atau penawar.

Nasihat saya kepada mereka yang mengalami gejala stres agar tidak menjadikan tekanan sebagai penghalang kejayaan hidup dan menjadi seorang yang berputus asa. Rasulullah SAW pernah bersabda sewaktu ditanya oleh sahabat,

"Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?" jawab baginda, "Nabi-nabi dan seterusnya orang yang seumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya, sedikit pula ujiannya."

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, Tiap masalah ada penyelesaiannya dan tiap penyakit ada penawarnya. Yakinlah pada Allah SWT, nescaya Dia pasti membantu kita. Insya-Allah.

Sumber: Utusan
Copy daripada Myadha.blogspot

Naga Biru Ditemui Nelayan



Betulkah Naga Laut Biru Wujud ?

Pernahkah anda melihat makhluk pelik berwarna biru dalam gambar di bawah ini. Sekali pandang, mungkin kelihatan seperti raksasa yang sentiasa berlawan dengan Ultraman di Jepun, tetapi sebenarnya ialah haiwan  lautan comel yang dikenali dengan nama saintifik   glaucus Atlanticus . Ia juga sering digelar naga laut biru .Boleh dijumpai di luar pantai Afrika Selatan, Australia dan Mozambique, terapung di atas  permukaan air yang tenang.



Glaucus Atlanticus mendapat  perhatian di internet pada bulan April yang lepa kerana bentuknya yang pelik dan cantik.Lihat video cara naga laut biru ini bergerak.Lembut dan gemalai kan..

Jom tengok video di bawah.



Ulasan Admin :
 Memang jelas haiwan spesis ini memang sangat comel kerana bentuk fizikalnya yang sangat kecil. Mungkin di Malaysia haiwan ini tidak pernah wujud kerana difahamkan ia hanya boleh dijumpai sekitar luar pantai Afrika Selatan. Satu penemuan yang cukup menarik!

Tips Menambah Rakan dan Sahabat




Ramai diantara kita yang suka berkawan tapi tak ramai diantara kita yang pandai
mencari kawan.. terutama bagi mereka² yang pendiam dan tidak mahir berkomunikasi..

kat sini saya sharekan sedikit sebanyak tips mencari ramai kawan/teman

1. Selalu Senyum
sentiasa tersenyum memudahkan seseorang itu bertegur sapa dengan anda
dan tidak dianggap sebagai seorang yang sombong.

2. Pendengar yang Baik
- pendengar yang baik merupakan kawan yang baik.. oleh itu anda perlu menjadi pendengar yang baik walaupun topik yang diceritakan agak membosankan. 
ini membuatkan rakan anda berasa diri mereka dihargai.

3. Jujur
- sentiasa jujur dalam persahabatan agar anda lebih dipercayai.
terutama dalam teguran dan nasihat.

4. Baik Hati
- sentiasa mengamalkan sikap baik hati. sentiasa bersikap baik dan positif
tidak mengutuk atau memburukan orang lain..

5. Sentiasa Bersama
- sentiasa disisi samada susah mahupun senang. memberi bantuan dan nasihat
yang diperlukan mengikut kesesuaian yg lebih membina..

6. Rajin
mengamalkan sikap ringan tulang.. sentiasa membantu walaupun tidak disuruh..
tapi biarlah kena pada tempatnya jangan sampai diri sendiri merana..

Penjagaan Bibir


Hi all my friends bagaimana khabar kalian ? semoga kalian semua selalu sehat, dan untuk yang sedang sakit aku doakan semoga cepat sembuh. Inti dari entri aku sekarang ini adalah, apakah kalian ingin punya bibir yang indah ? aku punya tips nya, ini berlaku untuk perempuan dan juga lelaki. Bibir kita mempunyai lapisan yang sangat tipis yaitu 3 atau 5 saja, sedangkan kulit punya 16 lapisan. Itulah sebabnya bibir cepat kering dan sensitif, apabila bibir kita pecah-pecah atau tidak cantik pasti kita akan resah juga. Tips untuk menjaga bibir adalah seperti di bawah ini :



Bibir Perlu Dibersihkan Juga
Kadang membersihkan bibir selalu diabaikan dan merasa bibir sudah bersih setelah memakai gincu/lipstik. Sebenarnya hal ini salah, setelah mencuci muka sehabis dandan, bibir perlu dibersihkan juga. Itu akan bisa membantu membuang sel-sel mati di bibir dan bibir akan tetap sehat, apalagi kalau anda adalah seorang perokok.

Hindarkan Menggunakan Pelembab Bibir Yang Mengandung Rasa
Kenapa kita perlu menghindari hal itu ? itu karena akan mendorong kalian untuk menjilat bibir sendiri. Lebih baik gunakanlah pelembab bibir yang tidak mengandung rasa.

Biasakan Makan Sayur Dan Buah
Apabila kalian biasa makan sayur-sayuran dan buah itu akan membuat bibir kalian selalu kelihatan cantik. Kandungan Vitamin C yang tinggi akan memberi Vitamin yang lebih untuk bibir kita.

Memilih Lipstik Yang Benar
Memilih lipstik yang benar itu berperan penting untuk menjaga bibir kalian. Tidak peduli warnanya apa kita perlu melihat kandungannya sebelum membeli lipstik. Pilihlah lipstik yang mempunyai kandungan pelembab yang tinggi agar bibir kalian tetap terjaga dan terpelihara.

Jangan Selalu Membasahi Bibir
Kebiasaan kalian yang selalu membasahi bibir dengan air liur itu akan membuat bibir menjadi kering. Air liur itulah yang menyebabkan kekeringan pada bibir kalian.

Banyak Minum Air Putih
Minum air putih yang banyak itu bisa menjaga kelembapan bibir dan kulit. Secara tidak langsung itu juga akan memperlancar sistim pencernaan yang baik dan bisa mencegah berbagai penyakit. Apalagi dalam keadaan cuaca yang panas kita perlu minum air putih yang banyak.

Melembabkan Bibir Dengan Olesan Madu
Apabila kalian tidak mampu memakai pelembap bibir, kalian bisa menggantikannya dengan mengoles madu. Lakukanlah hal itu sewaktu kalian mau tidur, karena olesan madu yang diletakkan pada bibir sebelum tidur, itu bisa menyegarkan sel-sel bibir kalian. Cairan manis pada madu bisa berfungsi sebagai pelembap yang bisa bekerja secara maximum pada waktu tidur.

Pakailah Pelindung Matahari
Bukan hanya muka dan kulit kita saja yang memerlukan pelindung matahari, tapi bibir juga memerlukannya. Itu untuk melindungi bibir agar tidak kering, bibir yang tidak terlindung dari sinar UV, akan menjali pucat dan hitam.

Tip Agar Bibir Tidak Menjadi Hitam Untuk Perokok
Nah ini untuk kalian yang perokok, agar bibir tidak hitam oleskan mentega di bibir sebelum merokok. Tapi jangan jilat bibir setelah diolesi mentega karena kuatir hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Kalau kalian ingin membeli lipstik pesanku pilihlah warna yang sesuai dengan warna kulit kalian. Itulah tips dari aku tentang penjagaan bibir, mungkin masih ada tips yang lain silahkan tuliskan di komen. Semoga berguna buat kalian, thanks and take care.

Rawat Rambut Kering Dengan Segera


Mungkin ada diantara kalian yang kalau menyisir rambut susah banget , rambut kusut dan susah diluruskan. Rambut yang begitu akan menjadi lemah dan mudah putus, so jangan dibiarkan begitu saja lho ya, khususnya buat wanita neh, tapi tips ini berlaku buat lelaki juga tentunya. Kalian pasti menginginkan rambut yang sehat dan bersinar, bagaimana sih merawatnya ? Nah di bawah ini aku akan menuliskan beberapa tips nya :


●◆ Minum air putih, tau gak kalian bahwa minum air putih juga berperan dalam penjagaan rambut. Jadi biasakanlah minum air putih dan juga jus/juice buah-buahan tiap hari, itu mampu memberi kesegaran kepada rambut kita disamping berguna untuk menjaga kesehatan tubuh kita

●◆ Jangan keseringan menata gaya rambut dengan alat yang mengeluarkan hawa udara panas seperti hair dryer atau alat lain yang memberi kesan panas pada rambut.

●◆ Jangan suka menyisir rambut waktu rambut masih dalam keadaan basah, karena rambut jenis kering bisa jadi rapuh, dan bisa menyebabkan rambut patah.

●◆ Selepas kita keramas gunakanlah perapi rambut atau conditioner sesuai dengan jenis rambut kalian kemudian jangan lupa gunakan cream khusus untuk rambut untuk mencegah agar rambut tidak beruban. Cream ini juga berguna untuk merangsang pertumbuhan rambut agar lebih segar, sehat, dan agar aliran darah rambut menjadi lancar dan stabil.

●◆ Untuk kalian yang suka mandi dengan air panas/air suam, sebenarnya air panas tidak bisa menjaga kelembapan rambut pada kalian. Sebaiknya gunakan air dingin untuk menjaga kelembapan rambut kalian, agar mempunyai rambut seperti yang kalian inginkan.

●◆ Biarkan rambut bebas ketika tidur jangan diikat karena rambut juga memerlukan ruang bernafas juga. Apabila mengikat rambut terlalu kuat itu juga tidak baik karena helaian rambut bisa tertarik, itu bisa menyebabkan rambut kering dan gugur/rontok.

●◆ Hindari menggunakan gel rambut yang bisa menyebabkan rambut rontok/gugur dan kering.

●◆ Kalian harus tahu memilih jenis syampo yang sesuai dengan rambut kalian, memilih syampo yang benar akan membuat rambut kita sehat dan segar. Apabila kita salah memilih syampo, itu bisa menyebabkan rambut kita gugur dan kering juga berketombe/kelelumur.

●◆ Jangan keramas tiap hari, tapi untuk yang punya jenis rambut berminyak disarankan untuk keramas mencuci rambut setiap hari, dan ini tidak berlaku untuk kalian yang mempunyai jenis rambut kering. Mencuci rambut setiap hari akan mengurangkan minyak alami yang terkandung didalam rambut. Rambut bisa menjadi kusut dan juga kering, so bersyampo dua hari sekali sebenarnya itu sudah cukup.

●◆ Kalian juga harus mengamalkan makan Vitamin A,B,C, dan E bagus untuk penjagaan rambut.

Sekian tips penjagaan rambut dari aku, thanks for that have been refused reading this entry and thanks to that already visit here, greetings and take care.

Mengenalpasti Kedai Makan Guna Pelaris (Jin)(sihir)

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
inilah penampakan yang biasa terdapat di restorang yang menggunakan JIn,Jangan Pelik jika kedaimakan yang kurang sambutan tiba-tiba menjadi sangat laris secara tiba-tiba hingga orang berebut-rebut untuk mendapatkan makanan
Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 
Cara mudahnya sahaja :
Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


p/s:  sama-samalah kita mengambil berat tentang hal makan kita masing-masing  agar tidak termakan makanan dari unsur yang kotor dan sihir


Rahsia Wajah Cantik Berseri

Tipsnya SeNang Sahaja.. 
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya..




Tempat Menambah Follower Dan Meningkatkan Trafik Blog







Tempat terbaik untuk menaikkan trafik dan follower blog. Baru je try. Jom ramai2 kita cuba..


Tempat dimana ramai pengguna iklan nufftang dan churp chup bersidang.


Ada link untuk forum jugak tapi x ingat linknya.. nak kena buka balik majalah yang Capid baca siang tadi. 


#mereka juga gemar klik iklan2 yang ada dalam blog yang mereka lawat. Termasuk iklan google, nufftang, adverlets dan memacam lagi..


jangan berlengah.. takut mereka tukar link..







Blog Kaki Follow
TopTeen Blog 
Hot Blog

Khasiat Pegaga

Pegaga



Bagi yang mahukan wajah sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan meningkatkan daya ingatan anda tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada antaranya mengandungi bahan kimia.

Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.

Rahsia dan khasiatnya terbukti sejak berkurun untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit.

Pun begitu rahsia inilah yang membuka minat mendalam kepada pengamal herba untuk menjadikan pegaga sebagai tanaman pilihan bukan sahaja untuk amalan memakannya sebagai ulam istimewa malah penawar dan mencegah penyakit.

Che Som Ahmad, 68, dari Kampung Bukit Palong, Bongor Baling menjadikan amalan memakan daun pegaga telah menjadi amalan rutin hidupnya dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Bagi Che Som tumbuhan merayap dan mudah hidup ini membawa keistimewaan pada dirinya kerana sejak zaman muda mengamalkan petua makan daun pegaga sudah cukup sebati dalam dirinya menyebabkan dia lantas menanam tumbuhan itu.

Biarpun tanaman pegaganya ditanam di atas tanah sawah terbiar, ia tidaklah menjangkau sayup mata memandang namun batas-batas tanaman tumbuhan ini hidup subur.

Di sebalik deretan batas tanaman pegaga milik wanita ini dia tetap puas tanaman yang dianggap tidak komersial ini sekurang-kurangnya mampu membuka persepsi baru bahawa tanaman ini tinggi nilai perubatan dan kesihatan.

Untungnya tanaman merayap hasil usaha ibu kepada tujuh anak ini yang setiap baris tanaman kira-kira lima meter panjangnya sudah cukup menggambarkan usaha wanita ini telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 petak kawasan tanaman pegaga milik Che Som yang menghijau itu telah memberikan peluang kepadanya menambah pendapatan keluarga.

Menurut Che Som setiap hari dia memetik daun pegaga bagi dijual kepada peraih dan penduduk kampung yang datang membeli dari kebunnya.

Pegaga milik Che Som turut dijual di pasar malam dan minggu didaerah ini dan sekitar.

Katanya, kepada peraih dia menjualnya dalam bentuk ikat dengan harga antara lima puluh sen ehingga RM1 seikat manakala bagi penduduk terpulang kepada mereka malah adakalanya dia enggan mengambil duit.

"Tanaman ini mudah dijaga dan cepat membiak dan cepat matang,'' katanya.

Tambahnya, sekalipun serangan serangga kecil dan kekurangan air menyebabkan daun pegaga rosak dan menjadi kekuningan namun ia tidaklah sesukar tanaman lain yang memerlukan perhatian.

Jelas Che Som, kebanyakan spesies pegaga boleh tumbuh di kawasan terbuka dan ada juga yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana.

Namun menurut wanita ini, tumbuhan pegaga tumbuh meliar di kawasan lembap dan berdekatan air.

Tambahnya, menanam pegaga tidaklah sesukar tanaman lain kerana selepas dipetik dalam tempoh beberapa hari ia akan tumbuh semula dan bersilih ganti menyebabkan tanaman ini tidak memerlukan kawasan yang besar untuk menanamnya.

Namun di sebalik usaha penanaman pegaga ini Che Som berkata nilai dan khasiatnya yang tinggi ialah boleh mengekalkan pengamalnya awet muda.

''Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda dan masalah kegemukan," ujarnya tersenyum.

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.

Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain.

Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

Daun pegaga berbentuk otak atau ginjal dengan lebar antara tiga hingga lima sentimeter (sm) dan panjang tangkai boleh mencapai sehingga 15 sentimeter mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.

Bunganya dalam jambak antara tiga hingga empat kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu.

Menjelaskan mengenai jenis pegaga Che Som berkata terdapat sekurang-kurangnya lima jenis yang terdapat dan tumbuh meliar di negara ini iaitu pegaga cina, pegaga daun lebar, pegaga gajah, pegaga salad, dan renek.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.

Namun di sebalik usianya itu Che Som menyimpan hasrat supaya usahanya itu memberi semangat terutama kepada petani muda menceburi penanaman pegaga secara komersial.

Memang tepat saranan Che Som kerana sejak kebelakangan ini industri kecantikan tempatan turut menjadikan daun pegaga sebagai ramuan.

Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru. 

Khasiat Tomato


Tomato dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki



TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri.

Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.-fabuloustaste.com

Tomato Sumber Anti Oksidant Yang Diperlukan


Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan
produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding
beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah
penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen.
Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang
terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.
Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam
badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati
menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko
kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.
Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi
tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi
tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin
C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan
oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak
didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali
dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk
sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan
akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan
wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit
kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit
otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan
alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat
membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella
dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah
didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan
meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem
pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.

Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai
kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan
tomato sebahagian daripadanya.

Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah
walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap
empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam
ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk
kesegaran fikiran. -jomlayan.com

Lagi Khasiat Tomato

Ini ialah gambar Buah Tomato bukan Tomato man


Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah

* Menghalang pembengkakan dan keradangan

* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.

* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.

Khasiat Buah Tembikai

tembikai
Tembikai

Buah tembikai atau Citrullus Vulgaris kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selaim kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram kalium.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.



Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta.

Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.

Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah.

Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof.Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

Kenali Kuku Anda Dan Tips Penjagaannya



kuku
Kuku
Kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:
  1. Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.
  2. Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
  3. Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
  4. Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
  5. Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.

Kuku Rosak
Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.
Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas).
Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
  • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
  • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
  • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
  • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
  • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya
Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki
  • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
  • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  • Makan banyak buah-buahan dan protein.
  • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
  • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
  • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
  • Sapukan bedak khas untuk kaki.
  • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.

Rahsia Tahi Lalat

Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan. Setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda. Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. Sekadar untuk bacaan je, bukan untuk dipercayai.... 


Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk
Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur

Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
Sweet x saya???

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana