Masalah Muka Berminyak

  Gambar di atas ini adalah gambar Minyak Masak…. Tiada kaitan dengan entri aku kali ini. Saja aku letak..
 Masalah muka berminyak adalah masalah yang kerap terjadi pada golongan remaja.. Ini adalah kerana perkembangan Hormon seks dalam badan yang  telah merangsangkan kelenjar Minyak untuk bekerja lebih atau dengan lain perkataan “Overtime”
  Tapi golongan yang dah terlajak remaja pun masih muka berminyak.. Ini apa kesss….?!!  Ini yang masalah ni….. Ini kerana terdapat beberapa factor lain lagi yang menyumbangkan kepada keadaan ini.
  Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan muka berminyak ialah:
·         Tress
·         Perempuan yang mengandung
·         Kepanasan
·         Alat-alat atau produk-produk kecantikan yang digunakan.
  Kepercayaan yang menyatakan makanan berlemak, ais krim dan makanan bersantan itu juga menyebabkan muka berminyak adalah salah. Kerana ini adalah kumpulan lemak yang berbeza yang dihantarkan ke kulit.
  Masalah yang sering terjumpa yang berpasangan dengan Muka berminyak adalah ‘Liang roma besar’. Yang ada kaitan  dengan jumlahminyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.  Dimana ia di salur keluar melalui liang roma. Jika liang roma ini tersumbat maka terhasillah “JERAWAT” yang merupakan satu lagi masalah yang merunsingkan kita.
Cara-cara memelihara kulit muka untuk orang yang muka berminyak.
1.    Hanya boleh cuci muka 2-3 kali sahaja sehari. Kerana dengan mencuci muka yang terlalu kerap akan menyebabkan keradangan pada kulit. Jika terlalu boring sangat dengan kulit muka yang berminyak, memadai dengan ambil tisu untuk lap muka berminyak (terdapat di farmasi-farmasi dan kedai ubat). Sabun cuci muka atau foam cuci muka mestilah yang dikhaskan untuk orang yang kulit berminyak. Atau guna saja sabun untuk bayi. Untuk mengelakkan kulit muka dari terlalu tegang.
2.    Moisturizing atau krim pelembab. Seharusnya cari yang oil free... Jangan salah faham. Bukan dapat minyak masak percuma, tapi bebas minyak…He..He..He.. Juga yang tidak menyebabkan liang roma tersumbat(Non Comidogenic) dan mempunyai bahan untuk melindungi kulit dari sinar UV.
3.    Make up. Bedak muka yang sesuai untuk orang yang kulit berminyak adalah bedak serbuk.Kalau terpaksa untuk pakai make-up untuk keluar majlis, digalakkan pakai dulu bedak serbuk sebagai asas. Asas make up mestilah yang menggunakan air sebagai campuran(Water Based) dan juga bebas minyak(Oil Free)
Tetapi jika telah mempraktikkan langkah-langkah di atas tetapi muka korang masih berminyak dan juga berjerawat. Korang haruslah pergi berjumpa dengan doktor. Jangan biar.. Nanti bila dah jerawat banyak… Dia akan tinggal parut yang lama… Kesiannnn…..

No comments:

Post a Comment